Friday, January 13, 2012

Siapa Yang Kecewa Dengan Berita Fasha Sandha Akan Kahwin?

Kuala Lumpur - Desas desus perkahwinan Fasha Sandha sudah terjawab apabila pelakon Cinta Elysha itu mengesahkan beliau akan berkahwin dengan seorang anak Tan Sri tidak lama. Fasha Sandha dalam kenyataannya mengesahkan lelaki yang bakal menjadi suaminya itu adalah seorang duda anak 1 dan merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya.

Sebelum ini, Fasha dihimpit pelbagai kontroversi apabila enggan menjawab beberapa soalan media berhubung zaman solonya kerana baginya soalan itu terlalu personal itu diceritakan. Memilih luar negara sebagai lokasi majlis, Fasha optimis tindakannya itu akan mendapat restu daripada peminat dan juga keluarga.

Sementara itu, beliau ditanya mengenai hubungannya dengan seorang ahli politik muda. Ini kerana, terdapat khabar angin yang mengatakan ahli politik itu amat meminati beliau selepas menonton filem 9 September lakonannya bersama Pierre Andre. 
 
Dalam jawapannya, beliau menjelaskan bahawa urusan jodohnya telah ditentukan oleh Allah dan beliau reda dengan ketentuan-NYA.

"Kami kerap berbalas BBM tentang komen filem itu dan katanya 9 September amat dekat dihatinya lantaran kegilaanya terhadap tarikh 16 September dan 9 Januari. Entahlah, I sendiri pun hairan apa yang best sangat dengan tarikh itu, mungkin kenangan zaman kecilnya ketika bersunat dulu?" terang Fasha.

Ditanya media apakah beliau pernah bersemuka dengan ahli politik muda itu? Fasha mendedahkan

"Ya, kami pernah makan malam di sebuah restoran pinggir bandar tetapi bagi I, dia seorang yang boring kerana kerap dalam perbincangannya dia lebih gemar berbicara soal LEMBU.  Baginya, lembu is the best spininng ever. You all jangan tulis yang rupanya iras-iras lembu" dedah Fasha yang tidak mahu menimbulkan kontroversi raut muka iras lembu ahli politik tersebut.

Dalam pada itu, media cuba mendapatkan komen daripada ahli politik muda itu di Ibu Pejabat sebuah parti politik di Petaling Jaya. Namun, setiausahanya menjelaskan kepada media yang ahli politik itu tidak mahu diganggu selepas berita perkahwinan Fasha Sandha diketahui umum.

2 comments:

Anonymous said...

Salam..takpayahlah kita sibuk sangat dengan siapa budak liar ni nak kawin..aktress ni memang ekk dengan pakaian ala pelakun Hollywood.

Jangan bagi dia media sensasi.
Contoh yang tidak memberangsangkan langsung..eloklah kawin cepat2!

Lagi kita lambung lagi dia naik mua berlagak..malu kita orang Melayu!

Anonymous said...

aku benci artis malaysia yang melayu dan beragama islam..bg kenyataan nth apa2..mmg jahil sgt..bg komen pikir logik,pikir peminat..xpikirkan pun pasal hukum hakam agama..Pandai pun sebut insyallah,alhamdulillah..geram giler arr..hipokrit..kt kl bukak sana dedah sini,masuk kelantan pakai tudung,lailahaillah...apa semua ni...ingt..Allah menyembunyikan murkaNya dalam kemaksiatan...semoga mereka semua mendapat hidayah dari Nya.